MMA: Jihin kembali menyengat, tewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun

Haider Yutim
Februari 11, 2022 23:20 MYT
Petarung MMA wanita negara Jihin Radzuan menewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun dalam acara ONE: Bad Blood, di Singapura pada Jumaat. - Foto: ONE Championship
KUALA LUMPUR: Biarpun lebih setahun tidak beraksi, itu tidak menghalang petarung MMA wanita negara Jihin Radzuan untuk meraih kemenangan pada acara ONE: Bad Blood, di Singapura sebentar tadi.
Atlet yang diberi jolokan nama ‘Shadow Cat’ itu berjaya menewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun menerusi ’unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas tiga pusingan.
Jihin, 23, tampil agak tenang sepanjang pertarungan meskipun lawannya itu jauh lebih berpengalaman darinya.
Dia dilihat mampu membaca dan mematahkan setiap pergerakan yang dibuat oleh Yamaguchi.
Pertarungan juga menyaksikan kedua-dua jaguh mempamerkan skil jiu-jitsu yang tinggi, namun selepas tiga pusingan keputusan juri ternyata memihak kepada Jihin.

Malaysia's 'Shadow Cat' gets the win! Congrats Jihin Radzuan.. @ONEChampionship #MMA #ONEBadBlood pic.twitter.com/SJKSvo9fng

— Haider Yutim (@hyder_yutim) February 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kemenangan terbaharu ini, Jihin kini mempunyai rekod profesional MMA sebanyak tujuh kemenangan dan dua kekalahan (7 - 2).
Ini merupakan pertarungannya yang kedua sejak pandemik melanda hampir dua tahun lalu.
Kali terakhir Jihin bertarung ialah pada Disember 2020, di mana dia telah mengalahkan petarung Vietnam, Bi Nguyen juga menerusi keputusan sebulat suara.
#Jihin Radzuan #Malaysia #Mei Yamaguchi #ONE Bad Blood #ONE Championship #Jepun #MMA #Shadow Cat #Mixed Martial Arts
;