MMA: Eddie Alvarez lakar kemenangan pertama di ONE Championship
Haider Yutim
Ogos 3, 2019 12:48 MYT
Ogos 3, 2019 12:48 MYT
Petarung MMA Amerika Syarikat, Eddie Alvarez mencatat kemenangan pertamanya di ONE Championship selepas menumpaskan bekas juara lightweight ONE, Eduard Folayang di acara ONE: Dawn Of Heroes di Manila, Jumaat malam.
'The Underground King' menewaskan petarung tuan rumah itu menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 2:16 pusingan pertama perlawanan separuh akhir kejohanan dunia ONE Lightweight Grand Prix.
Semasa awal pusingan, Folayang dilihat hampir menewaskan Alvarez apabila berjaya menjatuhkan lawannya itu menerusi tendangan padu pada bahagian kaki.
Dia kemudiannya melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Alvarez yang rebah akibat tendangan tersebut.
Bagaimanapun, Alvarez berjaya memusingkan badannya sambil mengunci Folayang dari belakang -- memaksa petarung Filipina itu menyerah kalah.
Dengan kemenangan tersebut, Alvarez bakal bertemu dengan petarung dari Turki, Saygid Guseyn Arslanaliev dalam aksi final kejohanan ONE Lightweight GP pada acara ONE: Century di Tokyo, Jepun, 13 Oktober depan.
#Eddie Alvarez
#Eduard Folayang
#Manila
#Mixed Martial Arts
#MMA
#ONE Century
#ONE Championship
#ONE DAWN OF HEROES
#ONE Lightweight Grand Prix
#rear naked choke
#Saygid Guseyn Arslanaliev
#The Underground King
#Tokyo