MMA: Conor McGregor kembali beraksi di UFC

Haider Yutim
Ogos 4, 2018 11:41 MYT
Ketika ini, McGregor mempunyai rekod kemenangan 21-3, manakala lawannya Nurmagomedov mempunyai rekod kemenangan 26-0. - Gambar fail/AP
BINTANG seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor sah akan kembali ke gelanggang UFC selepas hampir dua tahun tidak beraksi.
Petarung dari Ireland itu bakal berdepan juara lightweight dari Russia, Khabib Nurmagomedov di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Oktober depan.
Kejohanan UFC 229 itu dikatakan akan menjadi kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan 'pay-per-view'.
Kali terakhir McGregor, 30 tahun, beraksi dalam MMA adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.
Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan 'technical knockout' (TKO).
Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.
Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.
McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.
BACA: Conor McGregor umum akan kembali ke gelanggang MMA
TONTON: Mayweather turunkan ego Mcgregor dengan TKO
Keputusan tersebut melebarkan rekod Mayweather kepada 50-0, memecahkan rekod 49-0 oleh petinju lagenda Rocky Marciano.
Selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam sukan tinju, McGregor pada Disember lalu, mengumumkan akan kembali ke gelanggang MMA.
Ketika ini, McGregor mempunyai rekod kemenangan 21-3, manakala lawannya Nurmagomedov mempunyai rekod kemenangan 26-0.
#Conor McGregor #Khabib Nurmagomedov #Mixed Martial Arts #MMA #seni beladiri campuran #UFC
;