MMA: Ann Osman menang mudah di China

Haider Yutim
Julai 2, 2016 07:30 MYT
Kemenangan ini adalah yang keempat buat Ann (gambar) dalam kerjayanya sebagai petarung profesional. - Foto ONE Championship
Jaguh MMA wanita negara, Ann Osman, memperoleh kemenangan mudah di kejohanan ONE Championship di Hefei, China apabila menewaskan lawannya dalam hanya satu pusingan.
Pertarungan pada Sabtu malam itu menyaksikan Ann berdepan dengan peninju dari Mesir, Haiat Farag.
Ann cuma mengambil masa tidak lebih empat minit untuk menumbangkan Haiat, meskipun sudah lebih lapan bulan tidak bertanding.
Pada awal pertarungan, Haiat bertindak agresif dengan melancarkan beberapa sepakan ke arah Ann.
Ann turut dijatuhkan boleh Haiat, sebelum kedua-dua petarung tersebut mula bergelut.
Ann yang melihat peluang terbuka di hadapannya, terus membuat kuncian ‘armbar’ terhadap Haiat sehingga lawannya itu menyerah kalah.
Kemenangan di ONE: Dynasty Of Champions ini adalah yang keempat buat Ann dalam kerjayanya sebagai petarung profesional.
Kali terakhir beliau menang ialah pada kejohanan ONE: Age Of Champions di Kuala Lumpur pada 13 Mac 2015, di mana beliau mengalahkan Walaa Abbas yang juga dari Mesir.
Ann merupakan petarung wanita profesional MMA pertama bagi Malaysia.
#Ann Osman #China #Haiat Farag #Hefei #MMA #ONE Championship
;