KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diharap mempertimbang untuk hanya memberi kebenaran kepada pemain yang disahkan negatif COVID-19 meneruskan latihan dan perlawanan.
Beberapa wakil pasukan Liga Malaysia (Liga-M) berharap hanya pegawai dan pemain pasukan yang positif COVID-19 dikuarantin bagi memastikan baki perlawanan Liga-M berlangsung seperti dirancang serta tidak menjejaskan perancangan pasukan dalam mengharungi tempoh itu.
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak berkata pasukan itu terkesan dengan situasi tersebut selepas beberapa pemain dan pegawainya didapati positif COVID-19 sekali gus tidak dapat turun beraksi.
"Saya rasa itu penyelesaian terbaik yang perlu ada ketika ini, kalau tidak berapa banyak perlawanan yang perlu ditangguhkan lagi dan akan memakan masa yang lama. Satu hari sahaja lagi nak beraksi terpaksa terima berita penangguhan ini pada saat kami semua sudah bersedia dan perancangan semua sedikit terjejas.
"Jadi, saya rasa pertimbangan boleh diberi kepada mereka yang negatif untuk meneruskan tugas, ambil contoh liga-liga di luar negara, Eropah dan Euro 2020 sekali pun yang mana pemain positif sahaja perlu dikuarantin," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Senada dengan beliau, Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC) Irfan Bakti Abu Salim berkata pihaknya telah sedaya upaya mengikut segala arahan yang ditetapkan dan melihat cadangan itu adil kepada semua pasukan.
"Saya rasa itu langkah baik kerana pasukan kami memang akan sentiasa buat ujian RTK setiap kali perlawanan. Jadi seeloknya yang mana negatif, dapat dibenarkan untuk terus berlatih dan beraksi dalam perlawanan dan yang mana positif, teruskan kuarantin seperti yang ditetapkan.
"Kami di KCFC sentiasa ambil berat mengenai perkara ini dan sebab itu, kami tidak pernah ketinggalan untuk sentiasa melakukan ujian, jadi sekiranya yang mana ada ini hasil ujian adalah negatif, saya harap kami dapat diberi kelonggaran untuk sambung beraksi," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan turut meminta agar prosedur operasi standard (SOP) penganjuran Liga-M dikaji semula dan permohonan berhubung perkara itu sudah dihantar melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk pertimbangan KKM serta MKN.
Dua perlawanan Liga Super melibatkan KDA FC menentang Penang FC serta Petaling Jaya City FC telah ditunda ekoran terdapat beberapa pemain diuji positif COVID-19.
Bagi Liga Premier, tiga perlawanan turut ditunda membabitkan Sarawak United FC menentang Perak FC II, KCFC menentang Terengganu FC II dan KCFC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
![MKN, KKM digesa pertimbang langkah kuarantin pegawai dan pemain positif COVID-19 sahaja MKN, KKM digesa pertimbang langkah kuarantin pegawai dan pemain positif COVID-19 sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627395942_AidilSharinSahak.jpg)
Aidil berkata pasukan itu terkesan dengan situasi tersebut selepas beberapa pemain dan pegawainya didapati positif COVID-19 sekali gus tidak dapat turun beraksi. - BERNAMA
Niaga AWANI: Astro BizOne: Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
Niaga AWANI: MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sentiasa memastikan kebajikan nelayan terbela memandangkan golongan itu penyumbang penting dalam sektor perikanan dan membantu memastikan bekalan makanan dalam negara sentiasa terjamin.
Niaga AWANI: FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, riah manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) meliputi lima teras iaitu Pertumbuhan Ekonomi, Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar dan Inovasi dan Teknologi.
Niaga AWANI: OPPO Reno12 F 5G: Peranti berkuasa tinggi buat pemain Mobile Legends Bang Bang
OPPO memperkenalkan Reno12 F 5G yang baharu, direka khusus untuk pemain permainan mudah alih menerusi kerjasama julung kali dengan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) lengkap ciri pintar seperti AI Portrait dan AI Link Boost.
Niaga AWANI: Konvensyen Dunia Fujian ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan
Penganjuran konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bermula 7 hingga 9 November depan dijangka memberi banyak faedah antaranya pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dalam negara, memacu industri pelancongan serta menguatkan kerjasama sains dan teknologi.
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia Boleh! Realisasikan kilauan emas
Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri, tiga pengarah bebas
Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin, melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri KK Chai dan isterinya, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Bagaimanapun KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd telah didenda RM60,000.
Bagaimanapun KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd telah didenda RM60,000.
![Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam
Remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun.
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721036764_tbterbabaskolamta.jpg)
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
![Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720707023_TBZahidHamidi.jpg)
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719815159_DrRolandVictorMD.jpg)
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
![Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719670940_TBUnggah.jpg)
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830160_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717763456_AlexanderNantaLing.jpg)
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.