Misi NFDP martabatkan bolasepak negara
Astro Arena
Julai 17, 2015 22:00 MYT
Julai 17, 2015 22:00 MYT
Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) jelas mempunyai misi penting untuk memartabatkan semula bola sepak negara di peringkat antarabangsa sekaligus menarik perhatian barisan jurulatih berpengalaman untuk berkongsi pendapat mengenai program yang diterajui Lim Teong Kim itu.
Sebelum cadangan untuk mewujudkan NFDP oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah mewujudkan beberapa skuad projek dimana bekas pengendali kebangsaan B. Sathianathan pernah terbabit dengan pembentukkan skuad projek Piala Dunia Remaja 1997 dan skuad Olimpik 2000 selaku penolong kepada Hatem Souissi.
Bagi Sathianathan, harapannya untuk melihat NFDP menghasilkan beberapa pemain tempatan yang berkualiti kerana kini Malaysia jelas ketandusan pemain berpengalaman di posisi tersebut.
"Kita ada pemain yang berpotensi tetapi soalnya sama ada pemain import mengambil tempat mereka dalam kesebelasan utama merupakan keputusan yang tidak munsabah kerana pemain local harus diutamakan jika memiliki bakat yang menyerlah"
"Masalah kami sekarang ialah bilangan pemain yang berkualiti tidak memuaskan" jelasnya.
Turut melontarkan keyakinan terhadap program tersebut ialah pengendali Selangor, Mehmet Durakovic yang pernah terlibat dengan akar umbi skuad Liga Australia, Sydney FC pada tahun 2008-2013.
"Program ini amat bagus kerana ia meletakkan nama Malaysia di pentas dunia walaupun dikecam berikutan kecorotan kedudukan ranking dunia"
Setelah bermain di Malaysia selama 4 tahun, saya gembira disini kerana skuad kebangsaan mendapat banyak sokongan daripada pihak-pihak yang berkenaan seperti KBS" kata Durakovic.
Bekas pertahanan Selangor dan Australia itu yakin dengan bakat dan tenaga tempatan apabila membariskan penyerang Afiq Azmi selaku penggempur utama The Red Giants.
Bagi Durakovic, Malaysia mempunyai pemain berbakat tetapi rusaha membimbing bakat baru perlu bermula awal dan NFDP merupakan program terbaik untuk hasrat itu.
Pengendali skuad senior kebangsaan Dollah Salleh pula berharap NFDP potensi bakat muda terus menyinar selepas umur 17 tahun berikutan pameran cemerlang ketika di Kejohanan Piala Iber yang membuktikan kebolehan pemain negara.
"Walaupun usia mereka sama dengan pemain Eropah, tahap fizikal pemain kami amat ketinggalan dan itu memainkan peranan yang penting bagi saya."