Misbun Ramdan tinggalkan BAM
Astro Awani
Januari 9, 2013 12:12 MYT
Januari 9, 2013 12:12 MYT
Juara Grand Prix Kebangsaan 2012, Misbun Ramdan Misbun membuat kejutan apabila keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Bagi Ramdan, dia mengambil tindakan ini kerana mahu menerima bimbingan bapanya, Datuk Misbun Sidek di Kelab Nusa Mahsuri.
Ramdan sebelum ini dilatih pengendali Indonesia, Hendrawan di BAM.
Tindakan ini jelas mengejutkan kerana tiada desas-desus sebelum ini mengenai kemungkinan Ramdan meninggalkan BAM.
Apapun, Ramdan menegaskan dia sentiasa bersedia beraksi untuk skuad negara di kejohanan-kejohanan utama jika dipanggil BAM.
Kini, dua prospek baru badminton negara bernaung di luar BAM.
SelainRramdan, seorang lagi pemain ialah bekas Juara Remaja Dunia, Zulfadli Zulkifli yang bersama Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).