Mikel Arteta ketua jurulatih Arsenal baharu

Astro Awani
Disember 21, 2019 08:27 MYT
Mikel Arteta ketika bersama Manchester City pada perlawanan Piala Carabao antara Oxford United dan Manchester City di Stadium Kassam, Oxford, Britain, 18 Dis, 2019. REUTERS
Kelab Arsenal melantik Mikel Arteta sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.
Pelantikan itu berkuat kuasa tiga tahun setengah susulan kontrak yang ditandatangani pada Jumaat.
Arteta, 37 tahun, terdahulu meninggalkan tugasnya di Manchester City sebagai pembantu jurulatih.
Dia menggantikan Freddie Ljungberg, yang sebelum ini mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara, susulan pemecatan Unai Emery, November lalu.

The very best of luck to @m8arteta https://t.co/GvjP0wNDN1

— Manchester City (@ManCity) December 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelantikan ini bermakna Arteta kembali bersama kelab yang menyaksikan dia beraksi 150 kali antara 2011 dan 2016.
Bersama Arsenal, Arteta turut menjulang Piala Perisai Komuniti sebanyak dua kali dan dua Piala FA.

Welcome back to the @Arsenal family! @m8arteta #M1Ö #YaGunnersYa pic.twitter.com/xvXI72mkEE

— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Freddie Ljungberg #ketua jurulatih #kontrak #Manchester City #Mikel Arteta #Piala FA #Unai Emery
;