Middlesborough, West Brom seri tanpa jaringan

Agensi
Ogos 28, 2016 15:51 MYT
Keutuhan barisan pertahanan Boro menafikan usaha Baggies untuk mendapatkan sebarang jaringan pada aksi ahad malam itu. - Gambar AFP
Middlesbrough meneruskan rekod tanpa kalah Liga Perdana Inggeris musim ini selepas seri tanpa jaringan ketika menentang West Bromwich Albion di The Hawthorns.
Selepas tiga perlawanan Boro mengumpul lima mata dengan dua keputusan seri dan satu kemenangan.
Keutuhan barisan pertahanan Boro menafikan usaha Baggies untuk mendapatkan sebarang jaringan pada aksi ahad malam itu.
Sebelum 18 minit perlawanan berakhir penyerang West Brom, Saido Berahino dimasukkan, dan masih gagal memecah kebuntuan sebelum kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.
#Baggies #Liga Perdana Inggeris #Saido Berahino #West Bromwich Albion