Mick Schumacher juarai F2

Astro Arena
Disember 6, 2020 07:35 MYT
Mick Schumacher memasuki perlumbaan dengan kelebihan 14 mata dalam saingan selepas bangkit daripada kemalangan dalam sesi kelayakan. - Gambar fail AP
MICK Schumacher meninggalkan Formula Dua dengan menjuarai gelaran pemandu dalam perlumbaan yang mendebarkan di Bahrain semalam.
Menjelang penghijrahannya ke Formula Satu bersama Haas musim depan, Schumacher -- anak kepada juara F1 tujuh kali, Michael -- menjuarai gelaran F2 mengatasi Callum Ilott.
Pelumba berusia 21 tahun itu memasuki perlumbaan dengan kelebihan 14 mata dalam saingan selepas bangkit daripada kemalangan dalam sesi kelayakan, menyaksikan dia memulakan perlumbaan di P18 sebelum menamatkan saingan di tempat keenam dan meraih dua mata bonus kerana melakukan catatan masa terpantas.
Kemenangan pelumba kelahiran Jerman itu terhasil selepas memenangi Formula Tiga pada 2018, menamatkan musim 2020 dengan dua kemenangan dan lapan podium.

MICK SCHUMACHER IS FORMULA 2 CHAMPION! #SakhirGP #F2 pic.twitter.com/TAms14hDFw

— Formula 2 (@FIA_F2) December 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mick Schumacher juarai F2
#Mick Schumacher #Formula Dua #F2 #pemandu #perlumbaan #Bahrain #penghijrahan #Formula Satu #Michael Schumacher #kemenangan #pelumba #catatan masa terpantas #Callum Ilott
;