MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
Astro Arena
Oktober 11, 2024 18:45 MYT
Oktober 11, 2024 18:45 MYT
LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia yang akan bermula hujung tahun ini.
Pertembungan di antara Perak bertemu pendahulu carta, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang sebelum ini sudah ditunda dua kali ekoran keadaan padang dan cuaca buruk telah dipindahkan ke 10 November 2024 pada jam 5.00 petang.
Justeru, pusingan ke-16 TM Piala Malaysia perlu dianjak ke 10 November 2024 kerana perlu menunggu keputusan perlawanan Perak-JDT bagi menentukan kedudukan Liga Super Malaysia untuk menjalankan undian.
Selain itu, terdapat pindaan perlawanan melibatkan jadual aksi minggu ke-13 yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.
1) Kuching City dan Negeri Sembilan
Tarikh Asal: 18 Oktober 2024, Jumaat
Tarikh Baharu: 20 Oktober 2024, Ahad
Waktu Sepak Mula Asal: 8:15 malam
Waktu Sepak Mula Baharu: 7:30 malam
2) Kelantan Darul Naim dan Kuala Lumpur City
Waktu Sepak Mula Asal: 5:15 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Venue Baharu: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
3) PDRM dan Selangor
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
4) Perak dan Sabah
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 5:00 petang