Mexico menang tipis 1-0

Umaira Uyop
Jun 13, 2014 23:17 MYT
Oribe Peralta gegar gawang Cameroon
Jika semalam pengadil dari Jepun menggamatkan peminat bola sepak di seluruh dunia dengan keputusan kontroversi, tidak kurang juga perlawanan antara Mexico dan Cameroon.
Gol yang dijaringkan oleh Giovani Dos Santos dari Mexico dan Eric Chopou-Moting dari Cameroon diputuskan ofsaid.
Mexico yang menguasai permainan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-61 menerusi Oribe Peralta.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat dan Dos Santos dipilih sebagai 'Man of the Match'.
Ini merupakan kemenangan pertama Mexico ke atas pasukan dari benua Afrika.
Mexico masih memegang rekod tanpa kalah pada perlawanan pembukaan Piala Dunia sejak 1998.
#Awani #Brazil #Cameroon #FIFA #Giovani dos Santos #Mexico #Ola Bola #Oribe Peralta #World Cup