Mesut Ozil tinggalkan Jerman

Agensi
Julai 23, 2018 09:47 MYT
Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini. -Reuters
PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil mengumumkan tidak mahu lagi mewakili Jerman di pentas antarabangsa.
Ozil mendakwa menerima layanan buruk daripada persatuan bola sepak Jerman.
Dalam kenyataan rasmi, Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini.
Mei lalu, Ozil dikritik kerana dirakam bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sebuah majlis tertutup di London.
Foto itu menjadi kontroversi apabila umum mempersoalkan kesetiaan Ozil kepada Jerman.
#Arsenal #bola sepak #Jerman #Mesut Ozil #Persatuan Bola Sepak Jerman #Piala Dunia #Recep Tayyip Erdogan
;