Messi pemain terbaik sepanjang zaman - Xavi

Astro Arena
April 6, 2020 02:10 MYT
Lionel Messi bersama enam trofi Ballon d'Or yang diterimanya selama ini, pada majlis penganugerahan di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis, 2 Dis, 2019. REUTERS/Fail
XAVI melabel bintang Barcelona, Lionel Messi, sebagai pemain terbaik sepanjang zaman sementara Ronaldinho tergolong bersama legenda-legenda lain.
Messi merekodkan kemenangan Ballon d'Or yang keenam dan dilihat sebagai pemain terbaik era ini, seiring dengan Cristiano Ronaldo.
Bekas rakan sepasukannya, Xavi, tidak meragui kemampuan pemain kebangsaan Argentina itu untuk dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman.
"Ronaldinho setaraf dengan yang terbaik namun kurang bersabar," kata jurulatih Al-Sadd itu kepada Globo Esporte.
"Kekurangan itu adalah pemisah antaran Ronaldinho dan Messi."
Xavi menambah: "Messi terbaik dalam sejarah, tetapi Ronaldinho turut tergolong antara yang terbaik."
Messi telah menjaringkan 24 gol dalam 31 perlawanan musim ini sebelum saingan ditangguhkan ekoran pandemik koronavirus.
#Argentina #Ballon d'Or #barcelona #COVID-19 #Cristiano Ronaldo #Lionel Messi #Xavi