Messi kembali berlatih bersama Barcelona

Astro Awani
September 8, 2020 09:57 MYT
Lionel Messi menjalani latihan di pusat latihan Ciutat Esportiva Joan Gamper, Barcelona, Sepanyol, 7 Sept, 2020. REUTERS
PENJARING terbanyak Barcelona, Lionel Messi, kembali menjalani latihan pada Isnin selepas usahanya berpindah ke kelab lain gagal.
Katanya, hampir mustahil ada kelab yang mahu membayar kos pelepasan bernilai 700 juta euro (RM3.4 bilion) kepada Barcelona.
Ini merupakan kali pertama dia berlatih di bawah kendalian pengurus baharu Ronald Koeman.
Bagaimanapun, Messi dan Philippe Coutinho dilihat berlatih sendirian.
Messi sebelum ini tidak hadir latihan selepas pada 25 Ogos memaklumkan mahu berpindah secepat mungkin secara percuma seperti termaktub dalam kontraknya.
Bagaimanapun, Barcelona dan La Liga menyatakan klausa tersebut tidak lagi sah dan perlu membayar kos pelepasan.
Messi sebelum ini mahu berpindah selepas dilaporkan tidak berpuas hati dengan cara kelab itu diuruskan.
Dia telah memperbaharui kontraknya dengan Barcelona pada 2017, yang sepatutnya berakhir 30 Jun, 2021.

Leo #Messi begins preseason training. pic.twitter.com/ygPNpWzjkb

— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Penghijrahan Messi bukan drama buat LaLiga
BACA: Sunyi sikitlah tanpa Messi, kata Ramos
BACA: Messi masih lagi dalam 'WhatsApp group' Barcelona - De Jong
BACA: Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
#barcelona #klausa #kontrak #kos pelepasan #La Liga #Lionel Messi #pindah #Ronald Koeman
;