'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Abd Razak Mohd Ali
Mac 2, 2021 07:45 MYT
Mac 2, 2021 07:45 MYT
IPOH: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Muhammad Farhan Roslan sah dipinjamkan ke Perak FC bagi menguatkan jentera musim ini.
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.
Farhan, 25 tahun, dengan ketinggian 1.54 meter, pernah bermain untuk pasukan Bawah 21 negara dan membantu pasukan jelapang padi Kedah muncul Naib Juara Piala Malaysia musim 2015.
Ahli Lembaga Pengarah Perak FC Khairul Shahril Mohamed berharap kehadiran Muhammad Farhan akan memberi lebih impak kepada jentera serangan Perak FC dalam saingan Liga Malaysia yang dijadual bermula 5 Mac ini.
Perak FC bakal mengharungi perlawanan pertama liga menentang PJ City FC di Stadium Perak pada 7 Mac.
#Muhammad Farhan Roslan
#Messi Kedah
#bola sepak
#Kedah Darul Aman FC
#Perak FC
#khairul shahril mohamed
#Liga Malaysia
#PJ City FC