Messi akhiri kemarau jaringan ketika atasi Lille
Astro Arena
Februari 7, 2022 09:25 MYT
Februari 7, 2022 09:25 MYT
LIONEL Messi menjaringkan gol Ligue 1 pertamanya sejak November ketika Paris Saint-Germain menumpaskan juara musim lalu Lille 5-1 di Stade Pierre Mauroy.
Mengakhiri kemarau enam perlawanan dalam pertandingan itu, Messi menghasilkan penyudah licik untuk gol ketiga PSG, dengan Danilo Pereira menjaringkan dua gol dan Presnel Kimpembe turut menjaringkan gol sebelum Kylian Mbappe melengkapkan kemenangan.
Kekalahan 1-0 PSG kepada Lille April musim lalu adalah keputusan penting dalam perlumbaan kejuaraan, dengan Lille menamatkan satu mata di depan pasukan Mauricio Pochettino untuk dinobatkan sebagai juara.
Kekalahan ini menyaksikan Lille sekadar di pertengahan liga, manakala PSG mendahului 13 mata ke atas Marseille di tempat kedua.