Mendilibar pengurus ketiga dipecat Sevilla dalam tempoh 12 bulan
Astro Arena
Oktober 9, 2023 10:10 MYT
Oktober 9, 2023 10:10 MYT
SEVILLA mengambil tindakan drastik dengan memecat pengurus, Jose Luis Mendilibar.
Juara Liga Europa itu seri 2-2 dengan Rayo Vallecano dalam LaLiga, kelmarin, untuk meletakkan mereka di tangga ke-14 dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.
Mendilibar dilantik sejak Mac lalu tetapi menjadi pengurus ketiga kelab itu yang dipecat dalam tempoh 12 bulan.
Pemain berusia 62 tahun itu membawa Sevilla menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan menamatkan saingan di tangga ke-12 musim lalu dan menewaskan Roma yang di bawah pimpinan Jose Mourinho menerusi penentuan sepakan penalti pada Mei untuk merangkul kejuaraan Liga Europa ketujuh.
Sevilla perlu segera cari jalan penyelesaian sebelum bertandang ke Real Madrid dan melayani Arsenal dalam Liga Juara-Juara selepas rehat antarabangsa.