Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman

Astro Arena
Mei 2, 2021 09:56 MYT
Reaksi Ronald Koeman ketika perlawanan La Liga Sepanyol antara Barcelona FC dan Granada di Stadium Camp Nou, Barcelona, 29 APril, 2021. (Foto AP)
RONALD Koeman tetap yakin bahawa Barcelona masih mampu menawan LaLiga biarpun mereka mungkin tidak mempunyai ruang atas sedikit kealpaan sekalipun.
Semalam (29 April), Barca melepaskan peluang untuk menerajui saingan itu apabila tewas mengejut 1-2 di Granada.
Kekalahan yang tidak disangka-sangka itu bermakna pasukan bimbingannya menghuni tangga ketiga menuju baki lima perlawanan lagi, bermula dengan perjalanan sukar ke Valencia, awal pagi esok.
Biarpun mereka masih perlu menyambut kunjungan Atleti ke Camp Nou, Koeman sebaliknya menegaskan mata maksimum sudah memadai buat mereka mengatasi pasukan kendalian Diego Simeone itu termasuk Real Madrid, yang berada di kedudukan kedua dalam perebutan gelaran.

Training time pic.twitter.com/bDmix1L5YN

— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Memang benar kami sangat kecewa kerana ini adalah peluang yang sangat baik untuk mendaki puncak, tetapi tiada masa untuk kami meratap memandangkan kami sedang bersaing dengan tiga pasukan teratas," katanya.
"Kami menguasai semua perlawanan yang membabitkan kami, kami menciptakan peluang. Memang benar kami harus memperbaiki bahagian pertahanan.
"Kami menjangkakan satu perlawanan yang sukar (bertemu Valencia) dan apabila kami menguasai permainan, kami perlu lebih bagus lagi di bahagian pertahanan.
"Kami terlepas peluang berharga tetapi saya yakin jika kami memenangi lima perlawanan terakhir, kami akan bergelar juara."
Pengurus berbangsa Belanda itu akan mengawasi anak buahnya dari tempat duduk penyokong berikutan perlu menjalani penggantungan sebelum kembali ke kawasan teknikal bagi pertembungan penting dengan Atleti pada Sabtu depan.
#Ronald Koeman #barcelona #LaLiga #Granada #Valencia #Atleti
;