'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail

Sinar Harian
Januari 12, 2025 13:30 MYT
Kenyataan dimuat naik Tunku Mahkota Ismail di aplikasi X HRH Crown Prince of Johor (kiri), Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Malah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bakat pemain muda juga perlu diberi peluang menjadi pelapis kepada skuad negara.
Ini secara tidak langsung jelas pemilik kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dapat menghasilkan penambahan jumlah tonggak sesetengah pasukan terutamanya skuad Harimau Malaya.
"Setiap kelab mesti memiliki pusat latihan yang sewajarnya dan bukan sewenangnya menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata atas sukar melahirkan produk tempatan.
"Apa yang FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) boleh lakukan ialah menganjurkan pertandingan peringkat bawah. Memang senang nak salahkan FAM.
"Kelab harus meningkatkan standard masing-masing," tulis Tunku Mahkota Ismail di aplikasi X. - Sinar Harian
#TMJ #JDT #FAM #pembangunan bola sepak
;