Melbourne Heart perbaiki kedudukan

Astro Awani
Januari 2, 2013 11:39 MYT
Melbourne Heart melonjak kedudukan dari tangga tercorot liga.
Ia susulan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle Jets di tempat sendiri.
Sokongan padu peminat tempatan nyata membangkitkan semangat pemain Melbourne.
Hasilnya tuan rumah hanya memerlukan enam minit bagi membuka tirai jaringan menerusi Golgol Mebrahtu.
Pendahuluan itu hanya bertahan selama 11 minit.
Newcastle mendapat sepakan penalti selepas Ryan Griffiths dijatuhkan penjaga gol Melbourne, Andrew Redmayne.
Griffiths sendiri menyempurnakan sepakan bagi menjadikan kedudukan satu sama.
Bagaimanapun masuk minit ke-26 giliran Melbourne pula mendapat penalty selepas penjaga gol pelawat, Mark Birighitti menjatuhkan Jonathan Germano.
Sepakan Josip Tadic memastikan kemenangan 2-1 memihak Melbourne.
#Melbourne Heart
;