Mei Kuan minat jadi guru tadika

Astro Arena
September 21, 2021 08:26 MYT
CHOW: Saya menggemari kanak-kanak. Memang guru tadika memerlukan minat yang mendalam tetapi jadual kerjanya adalah normal. - Facebook Chow Mei Kuan
SETELAH sekian lama berdiam diri mengumumkan persaraannya, bekas beregu wanita negara, Chow Mei Kuan, berkongsi mengenai perancangan masa depannya di Nadi Arena.
Selepas puas bergelar atlet, bekas pemain negara berusia 27 tahun itu yang kali terakhir menabur bakti menerusi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ogos lalu, berhajat untuk berkerja sebagai guru tadika.
"Semuanya baik-baik sahaja, lagipun saya belum memulakan sebarang tugas memandangkan COVID-19 (di negara ini) masih di tahap serius.
"Walaupun banyak sektor sudah dibuka tapi saya mahu berehat dan melakukan persiapan untuk mengajar.
"Saya belum lagi mempunyai karier pada masa depan.
"Saya juga mengintai bidang sukan selain cenderung untuk menjadi guru tadika.
"Saya menggemari kanak-kanak. Memang guru tadika memerlukan minat yang mendalam tetapi jadual kerjanya adalah normal," kata Olimpian 2020 itu.
Badminton | Chow Mei Kuan kongsi perancangan masa depan
#Chow Mei Kuan #beregu wanita negara #bersara #guru tadika
;