KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengintai kerusi Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) dengan misi menstruktur semula organisasi itu ke arah kecemerlangan sukan para di rantau Asia Tenggara.
Sebagai permulaan, Megat D Shahriman berkata hasratnya itu akan di bawa ke Mesyuarat Lembaga Gabenor (BoG) APSF yang akan bersidang secara dalam talian pada 29 November ini untuk mendapatkan satu tarikh sesuai diadakan pemilihan bagi kerusi nombor satu itu.
Beliau berkata antara inisiatif yang digariskan dalam manifestonya adalah memastikan Sukan Para ASEAN 2023 yang dijadual berlangsung di Phnom Penh, Kemboja tidak mengalami nasib sama seperti penganjuran edisi 2019 di Manila, Filipina dan edisi 2021 di Hanoi, Vietnam yang terpaksa dibatalkan.
"Saya tidak mahu cakap rakan ASEAN kita gagal tetapi mungkin Malaysia lebih serius dan komited untuk menggerakkan sesebuah organisasi, kerana kami (MPM) tengok APSF di bawah presiden terkini (Mejar Jeneral Osoth Bhavilai) banyak perkara tidak dapat dijalankan, tidak capai sasaran atau tunjukkan sebarang keputusan.
"Jawatan presiden ini bukan untuk kemasyhuran atau syok sendiri tapi untuk melonjakkan sukan para Malaysia dan ASEAN ke tahap tertinggi. Kita juga ingin menaikkan tahap atlet dan persatuan sukan negara supaya semua negara ASEAN tahu Malaysia sangat komited," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media MPM bagi mengumumkan perkembangan terkini mengenai Sukan Para Asia (APG) 2022 di Hangzhou, China, Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021 di Bahrain dan pembatalan Sukan Para ASEAN 2021, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Megat D Shahriman berkata sekiranya Kemboja membuat keputusan untuk menolak menganjurkan Sukan Para ASEAN 2023, Malaysia mempunyai kemampuan untuk menjadi tuan rumah dalam usaha memastikan temasya dwitahunan itu tidak dibatalkan buat kali ketiga berturut-turut.
"Kenapa Malaysia boleh buat kerana infrastruktur yang kita ada, kedua kerana hubungan baik MPM bersama KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara). Kita mempunyai fasiliti," katanya.
Sementara itu, beliau juga bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat tetap APSF di Bukit Kiara dan perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof.
"Kemudahan di kawasan itu lengkap, kami mempunyai segalanya di sana, ada bangunan dan dewan. Saya memilih Bukit Kiara kerana ia kawasan yang prestij jadi ia sesuai sekiranya delegasi dari luar negara datang untuk bermesyuarat atau sebagainya," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Megat D Shahriman berkata sebanyak 22 sukan melibatkan 604 acara dijangka dipertandingkan pada APG 2022 dengan anggaran 3,800 atlet dari 44 negara Asia akan mengambil bahagian.
Beliau berkata jumlah atlet dan sukan yang akan disertai Malaysia pada temasya itu akan dibincangkan serta disenarai pendek pada mesyuarat awal antara MPM, MSN dan persatuan sukan kebangsaan pertengahan bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

Megat D Shahriman berkata, hasrat itu akan di bawa ke Mesyuarat Lembaga Gabenor (BoG) APSF yang akan bersidang secara dalam talian pada 29 November ini. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.

Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.

29 atlet sah wakili Malaysia di Sukan Paralimpik Paris
Sejumlah 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 Sept.