Medal Liga Super/Perdana: 'Macam medal TABIKA acara lari dalam guni'
Madiha Abdullah
Ogos 25, 2015 13:19 MYT
Ogos 25, 2015 13:19 MYT
Saingan Liga Super dan Liga Perdana telahpun tamat hujung minggu lepas, dengan Johor Darul Takzim dan Kedah dinobatkan sebagai johan. Namun apa yang masih menjadi perbualan di media sosial adalah medal atau pingat yang dihadiahkan kepada pemenang.
Rata-rata netizen mengkritik medal yang diterima baik JDT mahupun Kedah. Kata mereka, ia langsung tidak menggambarkan prestij yang sepatutnya dibawa oleh medal tersebut.
Menerusi foto-foto yang diambil di media sosial, dapat dilihat perkataan 'Johan Liga Super' dan 'Johan Liga Perdana' hanya ditampal pada medal berkenaan.
Ramai yang kesal dengan situasi ini dan berpendapat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya tidak mengambil mudah perkara ini kerana medal bukan sahaja melambangkan nilai kejuaraan tetapi juga penat lelah pemain bermain di atas padang.
Lebih menggelikan hati, ramai juga yang membandingkan medal yang dimenangi JDT dan Kedah itu dengan medal yang dimenangi dalam pertandingan yang berskala lebih kecil.