McGregor doakan bapa Khabib segera sembuh

Haider Yutim
Mei 14, 2020 18:36 MYT
McGregor (foto) menyifatkan Abdulmanap sebagai seorang ahli seni bela diri genius yang sejati. - Gambar fail
MESKIPUN dua bintang UFC, Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov sering bersengketa, namun itu hanyalah sewaktu mereka di ‘arena’ pertarungan.
Ketika Khabib dilanda kesedihan susulan bapanya yang kini sedang kritikal, McGregor merupakan antara yang terawal mendoakan kesembuhan Abdulmanap Nurmagomedov.
“Mendoakan kesembuhan Abdulmanap Nurmagomedov. Lelaki yang bertanggungjawab melahirkan lebih ramai juara dunia dari pelbagai disiplin, lebih dari apa yang kita ketahui.
“Seorang ahli seni bela diri genius yang sejati! Sangat sedih mendengar khabar berita mengenainya malam tadi.
“Berdoa untuk keluarga Nurmagomedov ketika ini,” kata bekas juara dua divisyen dari Ireland itu menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Praying for the recovery of Abdulmanap Nurmagomedov. A man responsible for more World champions, across multiple fighting disciplines, than we even know. A true martial genius! Very saddened upon hearing this news tonight. Praying for the Nurmagomedov family at this time https://t.co/OVklQphPgN

— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) May 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Bapa Khabib dilaporkan kritikal, koma akibat pneumonia
Abdulmanap Nurmagomedov, iaitu bapa kepada bintang UFC Khabib Nurmagomedov dilaporkan sedang kritikal dan koma akibat radang paru-paru (pneumonia).
Memetik laporan RT.com, Abdulmanap kini sedang dirawat di sebuah hospital tentera di Moscow, Rusia.
Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan sebarang lawatan dari ahli keluarga.
Abdulmanap, 57 tahun, telah dimasukkan ke hosipital pada 26 April lalu selepas disyaki mengidap penyakit pneumonia.
#Abdulmanap Nurmagomedov #Conor McGregor #Khabib Nurmagomedov #MMA #UFC
;