Mbappe terus pamer bisa dalam ketiadaan Messi, Neymar
Astro Arena
Januari 16, 2022 13:45 MYT
Januari 16, 2022 13:45 MYT
Kylian Mbappe (kanan) berebut bola dengan pemain Brest Ronael Pierre-Gabriel ketika perlawanan Ligue 1 antara Paris Saint Germain dan Brest di Parc des Princes, Paris, 15 Jan 2022. (Foto AP)
KYLIAN Mbappe dan Thilo Kehrer menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain melakar kemenangan 2-0 Ligue 1 ke atas Brest di Parc des Princes.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino menuju ke pertemuan semalam dengan 11 perlawanan liga tanpa kalah, walaupun dengan empat seri dalam lima perlawanan terakhir mereka, mereka mendahului dengan Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-32.
Gol itu merupakan yang ke-10 pemain berusia 23 tahun itu dalam Ligue 1 musim ini.
Ini bermakna dia telah mencatat dua angka dalam enam musim berturut-turut - dalam tempoh yang sama, tiada pemain lain yang melakukannya lebih daripada tiga kali.