Mbappe bengang kerana kebab?

Astro Arena
Mac 14, 2024 12:16 MYT
Pempengaruh itu, jelas terkejut dengan tindakan pengurusan Mbappe menyamannya. - Stadium Astro
SEMUANYA bermula gara-gara penerangan tentang menu kebab di sebuah restoran yang menyatakan ia dibuat dengan "baker round bread, as round as Mbappe’s skull."
Pemilik restoran terbabit, Henni yang juga peminat kelab Marseille dengan 1.8 juta pengikut di Instagram, sudahnya menerima surat yang disahkan pada pagi semalam daripada peguam Mbappe, Delphine Verheyden, bagi syarikat yang diwujudkan oleh pemain untuk berurusan dengan semua penajanya, hak dagangan dan imej, KMA.
Surat itu menuntut Henni mengeluarkan nama Mbappe daripada menunya dalam tempoh lapan hari sebelum mengancam membawanya ke mahkamah kerana menggunakan nama Mbappe tanpa persetujuannya untuk tujuan komersial.
Pempengaruh itu, jelas terkejut dengan tindakan Mbappe dan memberi reaksi di akaun Instagram.
"Awak tak malu ke? Awak tak ada apa-apa nak buat? Menyaman saya untuk sesuatu yang sia-sia? Sungguh luar biasa. Saya tidak percaya!" Henni memberitahu pengikutnya.
Namun, rata-rata pengikut Henni menyokong tindakan yang dilakukan Mbappe kerana menganggap Henni menumpang populariti pemain itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Selain Mbappe, bekas bintang Olympique Marseille dan West Ham, Dimitri Payet, yang kini bermain di Vasco da Gama juga merupakan sebahagian daripada satu nama menu kebab Henni, dengan penerangan: "Krep yang dimuatkan seperti Payet."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Mylian Mbappe #menu kebab #saman #bintang PSG
;