MB Perak sokong tindakan tegas PAFA
Astro Awani
September 25, 2013 19:37 MYT
September 25, 2013 19:37 MYT
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Kadir hari ini menyokong tindakan tegas (Persatuan Bola Sepak Negeri Perak) PAFA mengambil keputusan untuk mengantung kesemua pegawai dan petugas skuad Perak Isnin lepas.
Datuk Zambry memberitahu tindakan tegas yang diambil PAFA itu mendapat pengiktarafan daripada persatuan bola sepak dunia, persatuan bola sepak Malaysia dan juga kesemua rakyat negeri Perak
Menurutnya lagi, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggunakan kesempatan bagi kepentingan diri sendiri ataupun untuk melakukan sabotaj terhadap pasukan negeri Perak.
“Saya mengucapkan syabas kepada pihak PAFA kerana mengambil tindakan tegas dan bagi saya, saya menganggap ini merupakan tindakan yang terbaik yang mereka lakukan dan tindakan ini juga telah mendapat pengiktarafan daripada rakyat negeri perak, FAM dan saya juga difahamkan FIFA juga telah memberi pengiktarafan ini.
“Saya tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan samada kepentingan diri ataupun untuk melakukan sabotaj terhadap negeri Perak,” kata beliau.
Semalam beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki premis PAFA untuk mengambil dokumen penting untuk membantu siasatan.
SPRM juga telah menjalankan siasatan terhadap 12 pemain dan dua pegawai di pejabat SPRM Meru Raya petang semalam dan baki pemain dan pegawai skuad YOB itu akan di siasat Khamis ini.