Maxis tampil penaja penyiar utama Piala Dunia 2018 Rusia di RTM

Astro Awani
Jun 11, 2018 17:29 MYT
Kejohanan Piala Dunia semenangnya menjadi antara keutamaan dalam kempen Maxis sebelum ini.
Syarikat telekomunikasi utama negara, Maxis tampil sebagai penaja penyiar utama Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 di Rusia untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Stesen televisyen awam itu akan menyiarkan 41 perlawanan, dimana 27 daripadanya adalah siaran langsung dan selebihnya siaran tertunda.
“Maxis teruja untuk menyokong siaran perlawanan bola sepak terbesar di RTM yang akan membolehkan negara menikmati perlawanan secara langsung dan tertunda.
“Secara sejarahnya, Piala Dunia mencetuskan momen-momen yang mengamatkan dan menerujakan kalangan rakyat Malaysia, sama ada ketika menonton di TV atau dalam perbualan seharian,” jelas Maxis dalam kenyataannya hari ini.
Kejohanan Piala Dunia semenangnya menjadi antara keutamaan dalam kempen Maxis sebelum ini.
Tahun ini ia bakal berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Maxis juga bekerjasama dengan Astro untuk membolehkan pelanggan Maxis dan Hotlink untuk menonton semua 64 perlawanan secara langsung dalam siaran berdefinisi tinggi (HD), selain mengunakan Pas Perlawanan Piala Dunia AstroGO.
#Astro #bola sepak #FIFA #Maxis #Piala Dunia #Russia #World Cup
;