Max Verstappen kekal dominasi, raih petak utama GP Austria

Astro Arena
Julai 1, 2023 09:40 MYT
Juara dunia itu mengatasi kesemua pencabar lain untuk meraih petak utama keempatnya menjelang perlumbaan 71 pusingan itu hari ini. - Foto REUTERS
PELUMBA Red Bull, Max Verstappen, meneruskan dominasinya dalam saingan Formula 1 (F1) apabila meraih petak utama perlumbaan Grand Prix Austria malam tadi.
Juara dunia itu, yang juga pemenang enam daripada lapan perlumbaan musim ini, mengatasi kesemua pencabar lain di Red Bull Ring untuk meraih petak utama keempatnya menjelang perlumbaan 71 pusingan itu hari ini.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc, hampir memberikan kejutan pada penghujung saingan kelayakan tetapi pelumba Monaco itu terpaksa berpuas hati meraih petak kedua dengan hanya dibezakan 0.048 saat di belakang pemandu Belanda berkenaan.
Seorang lagi pelumba Ferrari, Carlso Sainz, meraih petak ketiga manakala Lando Norris memanfaatkan jentera McLaren bernafas baru miliknya untuk meraih petak keempat sambil bekas juara dunia, Lewis Hamilton (Mercedes) meraih petak kelima. - Stadium Astro
#Max Verstappen #Red Bull #F1 #GP Austria
;