Mat Yo gelaran penjaring terbanyak sengit

Astro Awani
Disember 18, 2012 08:31 MYT
Pemain paling benilai 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menyifatkan perebutan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim depan akan lebih sengit.
Ia kerana, dia akan bersaing bersama dua rakan sepasukannya, Saffe Sali dan Daniel Guiza.
Dalam pada itu Safee Sali mengakui perpindahannya ke Johor secara pinjaman adalah kerana risau dengan situasi tidak menentu dalam kancah bola sepak Indonesia.
Safi dipinjamkan selama semusim ke Johor dari kelab Liga Super Indonesia, Arema Pelita, bermula 1 Disember sehingga hujung musim depan.
#Arema Pelita #Daniel Guiza #Johor #Liga Super #Mat Yo #safee sali
;