Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung

Astro Arena
Januari 29, 2025 12:45 MYT
Pasangan itu memulakan cabaran bersama dengan langkah kanan dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand pada Selasa.- Stadium Astro
GANDINGAN terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif apabila memulakan cabaran bersama dengan langkah kanan dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand di Stadium Nimibutr, Bangkok, pada Selasa.
V Shem yang sudah lama berpisah dengan Tan Wee Kiong dan bergerak secara profesional memilih Sol Gyu yang tersingkir daripada Persatuan Badminton Korea (KBA) berikutan masalah disiplin.
Melewati perlawanan pertama, mereka berjaya mencatatkan kemenangan sulung dengan menumpaskan beregu muda lelaki negara, Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean, dengan straight set, 2-0.

Rumusan Perlawanan #ThailandMasters2025 Hari Pertama | Pusingan Pertama 2.5 wakil #BadmintonMalaysia berjaya mara ke Pusingan Kedua di Bangkok termasuk gandingan rentas negara, Goh V Shem & Choi Sol Gyu . FELET#PSTM2025 #UNBRKBL #ShuttleHard pic.twitter.com/2eFp4nEz8W

— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 28, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
V Shem yang terkenal dengan pukulan smash kencang itu menjadi nadi utama kemenangan tersebut apabila tidak memberi sebarang jalan mudah untuk keputusan 21-8, 21-16.
Kejohanan bertaraf Super 300 itu akan menjadi permulaan kepada era beregu lelaki tu dengan menyasarkan 2025 sebagai tahun kebangkitan, sekali gus dianggap halaman baru buat mereka menempa nama semula dalam industri badminton. -- Stadium Astro
#Kejohanan Badminton Masters Thailand #Goh V Shem #Choi Sol Gyu #gandimngan beregu Malaysia Korea
;