Masters Sepanyol: Permulaan baik untuk 2 pasangan beregu Malaysia
Bernama
Februari 19, 2020 11:18 MYT
Februari 19, 2020 11:18 MYT
Dua pasangan beregu badminton Malaysia bermula cemerlang di Kejohanan Badminton Masters Sepanyol di Barcelona, apabila berjaya mengalahkan lawan masing-masing untuk layak ke pusingan kedua, pada Selasa.
Pasangan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya mengambil masa 16 minit untuk menumpaskan pasangan tuan rumah Oriol Altimira-Jofre Comella 21-8, 21-4 pada pusingan pembukaan kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Vall d'Hebron, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.
Rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga melangkah ke pusingan kedua dengan mengalahkan pasangan Mads Pieler Kolding-Carsteen Mogensen dari Denmark; 21-14, 21-19 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Kejohanan Super 300 Jelajah Dunia BWF itu menawarkan hadiah keseluruhan US$170,000 (RM706,199).
-- BERNAMA
#Aaron Chia
#badminton
#BWF
#Denmark
#Goh Sze Fei
#Malaysia
#Masters Sepanyol
#Nur Izzuddin Mohd Rumsani
#Pusat Sukan Olimpik Vall d'Hebron
#sepanyol
#Soh Wooi Yik
#Super 300 Jelajah Dunia