Masters Orleans: Arif Junadi-Yap Roy King dibayangi beregu China
Astro Arena
Mac 9, 2025 10:00 MYT
Mac 9, 2025 10:00 MYT
Rentetan kesilapan sendiri seterusnya menutup pertarungan kejohanan bertaraf super 300 itu dengan keputusan 13-21 dalam tempoh 26 minit. - Stadium Astro
BEREGU lelaki China, Liang Wei Kang-Wang Chang, menjadi duri di dalam daging kepada hasrat Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis, awal pagi tadi.
Di sebalik memulakan permainan dengan seimbang, mereka mendapat sukar untuk menghambat kedudukan lawan selepas keciciran dengan jurang tujuh mata.
Dan walaupun berhasil mengejar kedudukan 13-17, usaha kebangkitan itu terlalu sempit sebelum beregu profesional negara tersebut menyerah 14-21.
Skrip hampir serupa berulang dalam set kedua yang menyaksikan mereka membenarkan pencabar di ranking ketiga dunia itu mengutip enam mata berturut-turut untuk menjarakkan diri 15-17.
Rentetan kesilapan sendiri seterusnya menutup pertarungan kejohanan bertaraf super 300 itu dengan keputusan 13-21 dalam tempoh 26 minit. - Stadium Astro