Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir

Astro Arena
Mei 24, 2024 04:00 MYT
Tang Jie-Ee Wei berjaya menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia hari ini.
PASANGAN beregu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Aksi set pertama berlangsung dengan sengit dengan kedua-dua wakil negara berkejaran mata tetapi selepas terikat 11-11, Kian Meng-Pei Jing melakukan beberapa kesilapan kecil memberikan peluang buat pasangan pilihan pertama kejohanan itu untuk melakar kemenangan 21-19.
Momentum cemerlang itu diteruskan Tang Jie-Ee Wei dalam set kedua perlawanan apabila meninggalkan lawan dengan jurang lima mata ketika awal permainan.
Biarpun Kian Meng-Pei Jing cuba untuk mengejar tetapi sebaik mendahului 15-14, menjadi pencetus untuk Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan corak permainan untuk menang 21-14.
Mereka bakal berdepan Goh Soon Huat-Shevan Lai ataupun lawan dari Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang bersaing untuk menempah slot ke separuh akhir. - Stadium Astro
#badminton Malaysia #Masters Malaysia #beregu negara #Tang Jie-Ee Wei