Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia

Astro Arena
Mei 28, 2023 18:32 MYT
Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah bangkit daripada ketinggalan di awal permainan, berjaya mendahului 20-17 sebelum wakil Korea Selatan itu bangkit memastikan kemenangan 22-20. - Gambar/ Stadium Astro
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Bertemu Baek Ha-na-Lee Soo-hee dari Korea Selatan, dengan rekod pertemuan memihak wakil negara yang merakamkan satu kemenangan ketika kedua-dua beregu bertemu di Terbuka Perancis dalam aksi separuh akhir tahun lalu.
Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah bangkit daripada ketinggalan di awal permainan, berjaya mendahului 20-17 sebelum wakil Korea Selatan itu bangkit memastikan kemenangan 22-20.
Enggan menyerah kalah, Pearly-Thinaah memasang rentak permainan yang agresif dalam set kedua, mendahului 11-4 sebelum mengheret permainan ke set penentuan apabila menang 21-8.
Tahap kecergasan menjadi penghalang utama dalam set ketiga, beregu negara ketinggalan 17-10 namun mereka berjaya bangkit mengejar permainan 15-18.
Pearly-Thinaah cuba menghadirkan permainan sehingga ketitisan keringat terakhir untuk kekal dalam permainan sebelum akur dengan kekalahan 21-17.- Stadium Astro
#Masters Malaysia #Pearly Tan #M Thinaah #keputusan akhir
;