Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang

Astro Arena
Januari 24, 2025 17:45 MYT
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.- Gambar fail
FINALIS Badminton Akhir Jelajah Dunia BWF tahun lalu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran selepas tewas dalam aksi rubber set Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, hari ini.
Gandingan di ranking ketiga dunia itu tidak menunggu masa lama untuk memenangi set pertama 21-18, sekali gus mengekalkan keyakinan tersendiri meskipun diberi asakan oleh juara Petronas Terbuka Malaysia itu.
Namun, memasuki set kedua, kecemerlangan tersebut dipatahkan oleh wakil Thailand itu yang tidak berputus asa mengikat kedudukan dan mengheret aksi ke set penentuan.
Tang Jie-Ee Wei tidak berhasil mengulangi skrip ketika Terbuka India minggu lalu berdepan lawan yang sama apabila gagal menemui sentuhan terbaik pada saat getir sebelum tewas 18-21.
Sementara itu, nasib serupa menimpa pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang terpaksa menerima kepahitan susulan perjalanan mereka terhenti di suku akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu.
Wakil dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, mudah menoktahkan kemenangan straight set, 21-15, 21-9 yang mengakibat pasangan beregu campuran profesional negara itu harus meninggalkan Jakarta dan beralih ke cabaran Masters Thailand, bulan depan.

RESULTS: #IndonesiaMasters2025 XD | QF ##THA Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran def. MAS Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 18-21 22-20 21-18 1h 11m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/FBG5EIpctS

— BAM (@BA_Malaysia) January 24, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- Stadium Astro
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Masters Indonesia #beregu campuran #Goh Soon Huat-Shevon Lai
;