Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!

Astro Arena
November 22, 2024 16:15 MYT
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin akan bertemu pilihan ketiga, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong dalam aksi yang berlangsung esok. - Stadium Astro
PEMAIN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen, hari ini.
Selepas mencipta sensasi menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pasangan negara itu memburu slot ke separuh akhir dalam aksi yang berlangsung hari ini.
Berdepan Cheng Kuan-Yin Hui, ternyata rentak yang dipamerkan semalam apabila mereka berjaya merekodkan kemenangan 21-10, 21-16.
Hanya 31 minit diperlukan beregu negara untuk menoktahkan kemenangan sekaligus melangkah ke separuh akhir.
Mereka bertemu pilihan ketiga, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong dalam aksi yang berlangsung esok. -- Stadium Astro
#beregu campuran negara #Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin #Badminton Masters China #mara ke separuh akhir
;