Massa terpantas, Vettel di tempat ke-10

Astro Awani
April 12, 2013 23:11 MYT
FELIPE Massa mencatatkan masa setengah saat lebih pantas dari lawannya Kimi Raikkonen dari Lotus dalam sesi latihan kedua pada Jumaat di Grand Prix F1 China. Fernando Alonso meraih catatan ketiga terpantas diikuti Nico Rosberg dari Mercedes dan Mark Weber dari Red Bull.
Jenson Button (McLaren) berada di tempat keenam, Lewis Hamilton (Mercedes) ketujuh, Adrian Sutil (Force India) kelapan, Paul Di Resta (Force India) kesembilan manakala juara dunia Sebastian Vettel berada di tempat kesepuluh.
Pasangan Caterham - Giedo van der Garde dan Charles Pic menghabis sesi latihan ketiga dan kedua tercorot, hanya Max Chiltin dari pasukan Marusia yang lebih terkebelakang.
Bagi kesemua Grand Prix, hari Khamis adalah hari dijalankan dua sesi latihan selama 90 minit setiap satu yang tidak wajib disertai oleh semua pasukan. Terdapat satu sesi 60 minit pada pagi hari Sabtu yang diikuti oleh sesi Kelayakan (Qualifying) pada sebelah tengah hari. Setiap pemandu diwajib mengambil bahagian dalam satu dari dua sesi hari Sabtu bagi menentukan kedudukan petak (Grid) untuk perlumbaan pada hari Ahad.
Waktu yang tercatat untuk sesi hari Jumaat bukanlah ukuran sebenar prestasi jentera mahupun kepantasan pemandu yang sebenar. Sesi ini digunakan oleh setiap pasukan untuk mengenali keadaan litar, menguji kesesuaian tayar dan penyediaan jentera yang berbeza bagi setiap litar.
Waktu yang dicatat pada sesi ujian hari Sabtu sebelah pagi akan menentukan giliran untuk sesi kelayakan terakhir pada sebelah petangnya.
Litar Shanghai yang berukuran 5.451 km buat pertama kalinya menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 China pada tahun 2004. Rekod terlaju satu pusingan milik bekas juara dunia lapan kali Michael Schumacher dengan kepantasan 1 min 32.238 saat pada perlumbaan tahun 2004.
Catatan masa pemandu selepas sesi latihan Jumaat F1 GP China 2013.
1.Felipe Mass (Ferrari) – 1 min 35.340 saat
2.Kimi Raikkonen (Lotus) – 1 min 35.492 saat
3.Fernando Alonso (Ferrari) – 1 min 35:755 saat
4.Nico Rosberg (Mercedes)
5.Mark Webber (Red Bull)
6.Jenson Button (McLaren)
7.Lewis Hamilton (Mercedes)
8.Adrian Sutil (Force India)
9.Paul Di Resta (Force India)
10.Sebastian Vettel (Red Bull).
#China #F1 #Felipe Massa #Kimi Raikkonen #Shanghai
;