Mason Mount bantu pembukaan positif pra-musim Manchester United

Astro Arena
Julai 13, 2023 10:10 MYT
Mason Mount membuat perpindahan £55 juta (RM330.1j) ke Manchester United dari Chelsea bulan lalu. - Gambar fail REUTERS
MASON Mount membuat penampilan sulung bersama Manchester United ketika pasukan bimbingan Erik ten Hag itu memulakan persiapan pra-musim dengan kemenangan 2-0 ke atas Leeds di Oslo.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang membuat perpindahan £55 juta (RM330.1j) daripada Chelsea bulan lalu diturunkan dalam 45 minit pertama dan mempamerkan aksi memukau dalam babak pertama yang tenang.
Kesebelasan utama yang dipertaruhkan Ten Hag adalah gabungan remaja dan pemain pengalaman yang terdiri daripada Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Jadon Sancho selain prospek muda seperti Kobbie Mainoo dan Omari Forson.
Sebelum sepak mula, upacara penghormatan diberikan buat bekas pertahanan Scotland, Manchester United dan Leeds, Gordon McQueen, yang meninggal dunia pada usia 70 tahun, bulan lalu.
Mount mencipta peluang menarik pada minit ke-10 apabila membuka gerakan buat Amad Diallo yang kemudian mencipta ruang kepada percubaan Hannibal Mejbri yang dipatahkan oleh penjaga gol Leeds, Kristoffer Klaesson.

For you, Gordon pic.twitter.com/exIV1MUQFm

— Manchester United (@ManUtd) July 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa saat kemudian, pemain tengah England itu memenangi bola sebelum cuba melemaskan Klaesson dari jarak 25 ela tetapi percubaannya menerjah bumbung gawang.
“Saya pasti dia akan memberikan sumbangan untuk kejayaan Manchester United kerana dia seorang pemain berkualiti,” kata Ten Hag memberitahu MUTV sebelum sepak mula.
“Di bahagian tengah anda perlu menyerang tetapi anda juga perlu bertahan. Dia akan membawa dinamik ke dalam permainan kami.
"Kami memerlukan lebih dinamik dalam bahagian tengah.”
#Mason Mount #Manchester United #Leeds #persiapan pra-musim
;