Masih 50-50, cabaran sebenar di tempat lawan - Unai Emery
Ian Johan Ariff
April 12, 2019 11:13 MYT
April 12, 2019 11:13 MYT
ARSENAL 2-0 NAPOLI
Pengurus pasukan Arsenal, Unai Emery berpendapat peluang masih terbuka bagi kedua-dua pasukan, walaupun The Gunners menang 2-0 ke atas Napoli dalam suku akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat.
Bagi Emery, kemenangan perlawanan pertama amat penting di halaman sendiri, namun mengakui pasukannya berdepan cabaran sebenar di tempat lawan.
“Masih lagi 50-50. Cabaran sebenar di tempat lawan. Kadang-kadang semangat beraksi di halaman sendiri tidak dibawa ke tempat lawan,” kata Emery.
Arsenal melakar kemenangan selepas Aaron Ramsey menyudahkan hantaran Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-14, sebelum remebatan Lucas Torreira terkena pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly pada minit ke-25.
Napoli yang berada di tangga kedua Serie A Itali, akan menerima kunjungan Arsenal minggu depan di Stadium San Paolo, Khamis depan.
SLAVIA PRAGUE 0-1 CHELSEA
Dalam satu lagi perlawanan melibatkan kelab Inggeris, Chelsea melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Slavia Prague di tempat lawan.
Marcos Alonso menjaringkan gol empat minit sebelum permainan tamat selepas menanduk masuk hantaran Willian.
Pengurus pasukan Chelsea, Maurizio Sarri membuat tujuh pertukaran kepada pasukan yang menentang West Ham pada Isnin, menyaksikan pasukan bergelut untuk mendapatkan gol.
Chelsea mempunyai banyak peluang termasuk rembatan Willian yang terkena palang pada babak pertama, dan voli Antonio Rudiger yang di selamatkan penjaga gol Prague.
#Aaron Ramsey
#Arsenal
#Chelsea
#Europa League
#Kalidou Koulibaly
#Lucas Torreira
#Marcos Alonso
#Napoli
#Serie A
#Slavia Prague
#Unai Emery