Masalah kesihatan mental adalah normal dalam kalangan pemain - Postecoglou

Astro Arena
Mac 30, 2024 10:45 MYT
Postecoglou berkata masalah kesihatan mental adalah perkara biasa dalam kalangan pemain bola sepak tetapi semuanya tersembunyi di sebalik tirai. - Foto REUTERS
MASALAH kesihatan mental adalah perkara biasa dalam kalangan pemain bola sepak tetapi semuanya tersembunyi di sebalik tirai, kata Ange Postecoglou susulan pendedahan pemain Tottenham, Richarlison.
Pemain Brazil itu melakukan temu bual yang menarik semasa rehat antarabangsa di mana dia mendedahkan bagaimana dia mengalami kemurungan selepas Piala Dunia 2022, mengatakan dia mahu 'berputus asa' dan seorang ahli terapi 'menyelamatkan nyawanya'.
Postecoglou memuji Richarlison sebelum dia ditanya sama ada kata-kata itu memberi kesan kepada Tottenham sebagai sebuah kelab.
"Tidak, dan saya akan memberitahu anda mengapa: kerana situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa," kata pengendali Spurs itu.
"Bukan dalam pengalaman saya. Mereka adalah manusia. Tetapi untuk sebahagian besar, ia sentiasa ditangani secara tertutup.
"Bola sepak tidak berbeza (dengan mana-mana industri lain) tetapi kami perlu meletakkan tirai yang kukuh dan semuanya tersembunyi di belakang. Saya rasa ia menarik kerana pemain atau pengurus atau orang yang terlibat dalam bola sepak tidak pernah mendedahkannya secara terbuka sebelum ini." - Stadium Astro
#Ange Postecoglou #masalah kesihatan mental #pemain bola sepak #Kemurungan
;