Masa depan Rajagobal bergantung pada pencapaiannya

Astro Awani
April 3, 2013 21:40 MYT
Masa depan Rajagobal bergantung kepada pencapaiannya, kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah apabila ditanya mengenai masa depan pengendali kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Kedudukan Rajagobal selaku pengendali kebangsaan, kini menjadi persoalan sekiranya dia berdepan dengan tindakan dari jawatankuasa tatatertib FAM.
Sebelum ini, beberapa akhbar utama tempatan melaporkan Rajagobal menyoal dasar FAM, apabila menegaskan kehadiran awang import membataskan kehadiran penyerang semula jadi tempatan.
Kenyataan Rajagobal itu ditafsirkan sebagai melanggar peraturan Artikel 88, status FAM.
Pengerusi jawatankausa tatatertib, Datuk Taufik Razak sebelum ini mengesahkan, bekas pengendali Selangor dan Kelantan itu, tidak akan terlepas daripada tindakan jawatankuasa pimpinannya.
#FAM #K. Rajagobal #Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
;