Martinez direhatkan sehingga penghujung musim

Astro Arena
April 15, 2023 01:13 MYT
Martinez dibawa keluar padang oleh Marcos Acuna (kiri) dan Gonzalo Montiel selepas mengalami kecederaan di penghujung perlawanan. (Foto AP)
MANCHESTER United mengesahkan Lisandro Martinez akan terlepas baki musim ini selepas mengalami patah tulang metatarsal semasa aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla semalam.
Martinez dibawa keluar padang oleh Marcos Acuna dari Sevilla dan Gonzalo Montiel -- rakan senegaranya dalam skuad Argentina -- selepas mengalami kecederaan pada penghujung aksi di di Old Trafford.
Dengan Erik ten Hag sudah menggunakan semua pemain gantiannya, United terpaksa menamatkan pertembungan suku akhir pertama dengan 10 pemain, dan Sevilla mengambil kesempatan untuk memperoleh keputusan seri 2-2 daripada ketinggalan dua gol.
The Red Devils semalam telah mengesahkan bek tengah Martinez tidak akan beraksi lagi dalam kempen 2022-23.
"Lisandro Martinez telah diketepikan untuk baki musim ini selepas patah tulang metatarsal di kakinya," menurut kenyataan kelab.
"Bagaimanapun, pemain pertahanan Argentina itu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa untuk bersedia untuk permulaan musim depan."
Martinez bukan satu-satunya mangsa kecederaan dalam barisan pertahanan United semalam apabila Raphael Varane digantikan pada separuh masa selepas mengalami kecederaan, dan pemain Perancis itu dijangka akan diketepikan 'untuk beberapa minggu'.

An official update on the condition of @LisandrMartinez and @RaphaelVarane.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) April 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Martinez dan Varane telah membina gandingan pertahanan mantap musim ini, diturunkan bersama dalam 16 daripada 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris United semasa musim pertama Ten Hag sebagai pengurus.
#Manchester United #Lisandro Martinez #patah tulang metatarsal #Liga Europa