Martinelli bantu Arsenal lanjut rentak kemenangan

Astro Arena
Februari 25, 2023 06:45 MYT
Gabriel Martinelli (tengah) menjaringkan gol melepasi penjaga gol Leicester Danny Ward ketika perlawanan EPL antara Leicester City dan Arsenal di The King Power Stadium, Leicester, England, 25 Feb 2023. (Foto AP
ARSENAL mendahului lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris apabila jaringan Gabriel Martinelli memastikan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City semalam.
Skuad kendalian Mikel Arteta menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam liga dengan kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa hujung minggu lalu dan mereka bangkit di mana mereka meninggalkan Stadium King Power dengan kemenangan yang cukup meyakinkan.
Martinelli menjaringkan gol penentuan kurang daripada satu minit memasuki separuh masa kedua, dan pemain skuad kebangsaan Brazil itu bernasib baik kerana terlepas daripada kecederaan serius selepas diterjah ke arah lutut oleh Wilfred Ndidi ketika dia melepasi Danny Ward.
Kemenangan itu melebarkan pendahuluan Arsenal di tangga teratas, walaupun juara bertahan, Manchester City boleh mengurangkannya kepada hanya dua mata dengan kemenangan ke atas Bournemouth.

GABI WITH THE OPENER!! What a start to the second half!! 0-1 (46) pic.twitter.com/QXM0gMlk0H

— Arsenal (@Arsenal) February 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Leicester City #EPL #Gabriel Martinelli
;