Marquez juara MotoGP Amerika Syarikat

Astro Awani
Julai 22, 2013 16:52 MYT
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez melebarkan kedudukan pendahulu keseluruhan musim ini selepas menjuarai saingan Grand Prix Amerika Syarikat.
Kejayaan itu turut meletakannya sebagai pelumba termuda pernah memenangi dua perlumbaan berturut-turut.
Bermula di petak kedua di belakang Stefan Bradl, Marquez bermula lemah.
Akibatnya dia dipintas Valentino Rossi dan Alvaro Bautista sebaik sahaja perlumbaan bermula.
Pelumba berusia 20 tahun ini bagaimanapun bangkit mengejar sebelum berjaya memintas Rossi ketika pusingan keempat.
Dia kemudian meneruskan tunggangan kemas dan berjaya merampas kedudukan pertama daripada Bradl.
Beraksi konsisten, Marquez memimpin perlumbaan hingga garisan penamat dalam tempoh 44 minit kosong perpuluhan 6-9-5 saat.
Manakala Bradl menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Rossi, ketiga.
Dua lagi pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo masing-masing di tempat kelima dan keenam.
Marquez menerajui senarai keseluruhan dengan 163 mata, 16 mata di depan Pedrosa.
#GP #marc marquez #motosikal #pelumba #Repsol Honda
;