Marquez hampir hilang kejuaraan MotoGP

Nazam Yusuff
November 14, 2017 14:15 MYT
Marc Marquez meraikan kejayaan di podium selepas memenangi perlumbaan di Motegi, Jepun pada 16 Oktober 2016. - Kyodo/via REUTERS
Hampir kehilangan kejuaraan. Itu luahan Marc Marquez, juara MotoGP musim 2017 berhubung kesilapan ketika mengambil selekoh di pusingan ke-24 dalam perlumbaan terakhir di Valencia.
Puncanya, tekanan dari pelumba Perancis, Johann Zarco yang bersaing rapat dengannya.
Dalam pada dia berhati-hati mahu menamatkan perlumbaan tanpa sebarang insiden, Marquez melakukan kesilapan.
Dia hampir terjatuh dan terkeluar dari perlumbaan.
Harus dipuji keupayaannya mengimbangi badan dan menolak jenteranya naik semula menggunakan siku dan lututnya.
Marquez masuk semula ke litar dan berada di tempat kelima, dan nasib menyebelahinya bila dua pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo yang berada di depannya jatuh, membolehkan dia menamatkan perlumbaan di kedudukan podium ketiga.
Marquez muncul juara Motogp termuda untuk merangkul empat kali kejuaraan.
#Johann Zarco #Juara Motogp 2017 #marc marquez #MotoGP #Ricardo Tormo #Valencia