Marquez alami diplopia selepas terlibat nahas di litar

Sinar Harian
Mac 23, 2022 11:10 MYT
Marquez sekali lagi disahkan menghidap diplopia selepas terlibat dalam nahas yang menyaksikan dia terkeluar daripada saingan GP Indonesia. - Foto Facebook/Marc Marquez
JUARA MotoGP enam kali, Marc Marquez mengesahkan sekali lagi disahkan menghidap masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan yang menyaksikan dia terkeluar daripada saingan Grand Prix (GP) Indonesia.
Bagaimanapun, pelumba berusia 29 tahun itu menjelaskan, penyakit yang dialaminya itu tidaklah seteruk seperti yang dialami sebelum ini sambil memberitahu dia tidak pasti bila akan kembali ke litar perlumbaan.
“Nampaknya seperti saya mengalami 'deja vu'. Dalam perjalanan pulang pulang ke Sepanyol, saya mula tidak berasa selesa dengan penglihatan saya.
"Saya bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkan saya sekali lagi berdepan masalah diplopia.
"Nasib baik, ia kurang teruk daripada kecederaan yang dialami di penghujung tahun lalu tetapi kini saya perlu berehat dan lihat sejauh mana tahap kecederaan ini," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Selasa.

It seems that I am experiencing déjà vu... During the trip back to Spain, I began to have discomfort with my vision, and we decided to visit Dr. Sánchez Dalmau, who confirmed that I have a new episode of diplopia. (3/4)

— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Fortunately, it is less severe than the injury I had at the end of last year. But now it's time to rest and wait to see how the injury evolves. As always, thank you very much to everyone for your support!! (4/4)

— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu terjatuh di selekoh 7 ketika sesi pemanas badan bagi perlumbaan di Litar Mandalika dan terus dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Estamos bien después de la fuerte caída que hemos tenido esta mañana. Por precaución y para no coger más riesgos, hemos decidido no correr la carrera del #IndonesianGP. (1/3)pic.twitter.com/dqRNeKSPdQ

— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasil pemeriksaan mendapati, Pelumba Repsol Honda itu mengalami gegaran otak sekali gus menyaksikan dia tidak beraksi dalam GP Indonesia yang diadakan buat kali pertama sejak tahun 1997.

I'm OK after the big crash I had this morning.For precaution, and to not take any more risks, we decided to not race at the #IndonesianGP. I want to thank all the MotoGP medical team and the Mataram Hospital for the treatment received.Thank you for all your support messages (3/3)

— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Berita asal di Sinar Harian
#marc marquez #MotoGP #diplopia #GP Indonesia
;