Marcelo Brozovic pilih jadi bintang baru Al-Nassr

Astro Arena
Jun 30, 2023 09:50 MYT
Pemain antarabangsa Croatia tersebut dilaporkan telah mendapat lampu hijau untuk menyertai kem yang turut dibintangi Cristiano Ronaldo itu. - Foto REUTERS
BEKAS pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic, sanggup memadam impiannya ke Barcelona apabila sedia menuju ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
Pemain antarabangsa Croatia tersebut dilaporkan telah mendapat lampu hijau untuk menyertai kem yang turut dibintangi Cristiano Ronaldo itu.
Inter akan menerima bayaran sebanyak €23 juta (RM117.1 juta) untuk Brozovic sementara pemain tengah itu sendiri akan menerima pakej keseluruhan €100 juta (RM509.3 juta) selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.
Sebelum ini, Barca dilaporkan ragu-ragu untuk menyambar khidmat Brozovic dan Oriol Romeu disebut-sebut antara pilihan bagi diserapkan dalam skuad kendalian Xavi itu. - Stadium Astro
#Marcelo Brozovic #Al-Nassr #Inter #barcelona
;