Manny Pacquiao pertahan gelaran juara dunia

Agensi
November 23, 2014 14:21 MYT
Manny Pacquiao berjaya mempertahankan gelaran juara dunia kategori welterweigh dengan mengalahkan Chris Algieri.
Peninju kelahiran Filipina, Manny Pacquiao berjaya mempertahankan gelaran juara dunia kategori welterweigh dengan mengalahkan lawannya, Chris Algieri dalam kejohanan tinju WBO pada Ahad.
Perlawanan yang diadakan di Cotai Arena, Macau itu menyaksikan kemenangan mutlak diraih Pacquiao setelah tiga juri memberikan penilaian 119-103, 119-103, 120-102 untuknya.
(AP Photo/Kin Cheung)
Namun Pacquiao gagal mencapai kemenangan melalui pukulan Knock Out (KO) walau dilihat mempunyai peluang besar setelah lawannya dari Long Island itu sudah enam kali rebah.
(AP Photo/Kin Cheung)
Pada pusingan pertama Pacquiao, juga dikenali sebagai Pacman, tampil agresif dengan memberi tekanan kepada lawannya.
Algieri sendiri lebih banyak menjarakkan dirinya dan hanya sekali-sekala melayangkan pukulan.
(AP Photo/Kin Cheung)
Pada pusingan kelima, Pacquiao berjaya melumpuhkan pergerakan Algieri, dan seterusnya menggunakan kelebihan yang pada pusingan keenam untuk menjatuhkan Algieri sebanyak tiga kali, namun saingannya itu segera bangkit.
(AP Photo/Kin Cheung)
Pukulan bertalu-talu Pacquiao sekali lagi membuat Algieri mencium kanvas pada pusingan kesembilan.
Di pusingan ke-12, Pacquiao masih gagal menjatuhkan Algieri ke kanvas walau pun berjaya menguasai kesemua pusingan perlawanan.
(AP Photo/Kin Cheung)
Kejuaraan ini mencatatkan rekod 57 kali menang, lima kali kalah buat Pacquiao, manakala Algieri dengan rekod 20 kali menang dan satu kali kalah.
#Chris Algieri #kejohanan WBO #Manny Pacquiao